Al-Batn (perut) merupakan symbol kepada apa yang dimasukkan ke dalam perut kita iaitu makanan. Kita perlu menjaga makanan kita dan memerhatikan apa yang digunakan untuk tubuh kita ini. Adakah ianya halal atau haram. Jiwa kita ini lah yang akan menerima kesan yang buruk jika bersumberkan kepada makanan atau minuman yang tidak halal(haram)
Nabi S.A.W ada bersabda;
“Setiap daging yang tumbuh dari yang haram maka nerakalah tempatnya”
Penggunaan kata an-nar (neraka) dalam sabdaan baginda itu tidak hanya membawa erti neraka akhirat, tetapi juga membawa erti neraka dunia yang mana neraka dunia ini termasuklah keresahan jiqa, kekerasan, kehancuran & sebagainya. Makanan yang haram akan membuat hati kita tidak pernah puas, malas untuk beramal, tidak mahu beribadah, serta menjadi punca doanya tidak diterima oleh Allah.
Allah telah perintahkan kita dalam Al – Quran untuk makan makanan yang halal lagi baik.
Antara lain, saya nukilkan di sini sebuah kisah sahabat yang unggul iaitu Abu Bakar.
“Pada suatu ketika, Abu Bakar telah diberi makanan oleh seseorang di Madinah dan beliau terus memakan makanan tersebut. Setelah itu, barulah Abu Bakar tersedar lalu terus menanyakan sumber makanan yang telah dimakannya tadi. Ternyata makanan itu tadi tidak jelas sumbernya itu. Kemudian, Abu Bakar tanpa ragu – ragu telah memuntahkan seluruh isi perutnya demi menjaga sumber makanannya agar jangan ada kepada yang syubhah menyentuh tubuhnya."
Oleh itu, kita pada hari ini perlulah menitikberatkan sumber pemakanan kita agarjangan sampai termakan hatta yang syubhah sekalipun. Insyaallah.
MAKANAN – MAKANAN YANG PERNAH DIMAKAN NABI S.A.W
1- Daging (unta, sapi, kibas, kambing, ayam, kijang jantan, burung yg halal dimakan, ikan yg baik yg dikeringkan dengan sinar matahari atau dimasak bersama kuah atau tidak).
2- Kurma.
3- Roti yang direndam dalam kuah dengan beberapa potong daging.
4- cuka.
5- roti yang dibuat dari tepung barli atau gandum.
6- minyak zaitun, mentega.
7- keju.
8- labu, timun, tembikai.
9- madu.
10- Anggur, anggur kering(kismis)
So, sama – samalah kita usaha untuk mengamalkan sunnah Baginda S.A.W. Insyaallah…
p/s:- Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang.
Monday, 1 October 2012
Take Care !!
Posted by Unknown at Monday, October 01, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment