Wednesday 3 October 2012

7 sunah rasullullah


Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Monday 1 October 2012

Take Care !!


Al-Batn (perut) merupakan symbol kepada apa yang dimasukkan ke dalam perut kita iaitu makanan. Kita perlu menjaga makanan kita dan memerhatikan apa yang digunakan untuk tubuh kita ini. Adakah ianya halal atau haram. Jiwa kita ini lah yang akan menerima kesan yang buruk jika bersumberkan kepada makanan atau minuman yang tidak halal(haram)
Nabi S.A.W ada bersabda;



“Setiap daging yang tumbuh dari yang haram maka nerakalah tempatnya”


Penggunaan kata an-nar (neraka) dalam sabdaan baginda itu tidak hanya membawa erti neraka akhirat, tetapi juga membawa erti neraka dunia yang mana neraka dunia ini termasuklah keresahan jiqa, kekerasan, kehancuran & sebagainya. Makanan yang haram akan membuat hati kita tidak pernah puas, malas untuk beramal, tidak mahu beribadah, serta menjadi punca doanya tidak diterima oleh Allah.
Allah telah perintahkan kita dalam Al – Quran untuk makan makanan yang halal lagi baik.
Antara lain, saya nukilkan di sini sebuah kisah sahabat yang unggul iaitu Abu Bakar.
“Pada suatu ketika, Abu Bakar telah diberi makanan oleh seseorang di Madinah dan beliau terus memakan makanan tersebut. Setelah itu, barulah Abu Bakar tersedar lalu terus menanyakan sumber makanan yang telah dimakannya tadi. Ternyata makanan itu tadi tidak jelas sumbernya itu. Kemudian, Abu Bakar tanpa ragu – ragu telah memuntahkan seluruh isi perutnya demi menjaga sumber makanannya agar jangan ada kepada yang syubhah menyentuh tubuhnya."
Oleh itu, kita pada hari ini perlulah menitikberatkan sumber pemakanan kita agarjangan sampai termakan hatta yang syubhah sekalipun. Insyaallah.
MAKANAN – MAKANAN YANG PERNAH DIMAKAN NABI S.A.W
1- Daging (unta, sapi, kibas, kambing, ayam, kijang jantan, burung yg halal dimakan, ikan yg baik yg dikeringkan dengan sinar matahari atau dimasak bersama kuah atau tidak).
2- Kurma.
3- Roti yang direndam dalam kuah dengan beberapa potong daging.
4- cuka.
5- roti yang dibuat dari tepung barli atau gandum.
6- minyak zaitun, mentega.
7- keju.
8- labu, timun, tembikai.
9- madu.
10- Anggur, anggur kering(kismis)


So, sama – samalah kita usaha untuk mengamalkan sunnah Baginda S.A.W. Insyaallah…




p/s:- Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang.

Monday 10 September 2012

UJian DaLam hidup


Kadangkala Allah hantar
'kucing' untuk menguji kita
samada kita sayang atau tidak
dgn rezeki Allah. .
--Dia tidak meminta ikan untuk digoreng
--Dia tidak meminta pinggan yang elok ketika makan
--Dia tidak meminta air untuk membasuh tangan
--Dia tidak meminta tisu untuk lap mulut
# dia hanya meminta sisa
makanan kita yang tidak habis
Tapi ?
Kenapa kita masih tidak bagi ?


P/s : Bersyukur lah kerana rezeki sedikit yang diperoleh , berkongsilah dengan sesiapa
termasuk makhluk Allah yang comel ini iaitu 'kucing'. .
Kelak kita akan mendapat rezeki yang lebih lagi dari Allah . InsyaAllah .